Wednesday, 16 January 2013

Majlis Olimpik Malaysia



Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
merupkan badan sukan yang mempunyai kuasa eksklusif untuk mewakili negara Malaysia di kejohanan Sukan Olimpik. Presiden MOM sekarang ialah Putera Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar.
Majlis ini ditubuhkan pada 1953 sebagai satu pertubuhan kebangsaan bukan kerajaan dan bukan berkeuntungan, dan diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun berikutnya.

Majlis Sukan Malaysia



Majlis Sukan Negara (MSN)
Sejarah
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.
Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.
Visi dan Misi
VISI
Peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.

MISI
Memastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat.
Objektif
  1. Mempetingkatkan prestasi pencapaian atlet  di pelbagai peringkat ke tahap kecemerlangan dunia melalui pengurusan program latihan, khidmat sokongan dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan menyeluruh.
  2. Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan di pelbagai peringkat ke arah meningkatkan bilangan jurulatih yang berkelayakan.
  3. Memperkukuhkan struktur pembangunan dan penganjuran kejohanan-kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa di pelbagai peringkat secara lebih efektif dan kompetitif.
  4. Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi yang lebih efisien di pelbagai peringkat.
  5. Memperkukuhkan dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran Organisasi Sukan (Persatuan) yang lebih efektif dan efisien.

Taichi!!!
Wushu!!!

Biodata Diri




Myself
Nama                : Wee Yen Ling
Tarikh Lahir    : 16 Ogos 1994
Tempat Lahir  : Jerteh, Terengganu
Sukan
yang diceburi : Bola Keranjang,
Olahraga
Hobi                   : Bermain Bola Keranjang,  Jogging,Melancong…
Nama IPG        : IPG Kampus Perlis
    Program           : PPISMP Ambilan Jun 2012
Semester          : Semester 2 (2013)
Opsyen             : Pendidik Jasmani (SJKC)
Visi
A miracle is another name of effort..


PEMBANGUNAN AKEDEMIK SUKAN: PEMANGKIN INDUSTRI SUKAN DI MALAYSIA.
Definisi Industri Sukan
*      Industri adalah satu kumpulan organisasi yang pelbagai di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang saling bergantung satu sama lain yang mana matlamat akhirnya adalah keuntungan.
*      Industri sukan

Ming Li, Hofacre, & Mahony, 2001


organisasi-organisasi yang mempunyai fungsi & focus utamanya kepada sukan / perkhidmatan kepada organisasi sukan.

Brooks (1994)


sekumpulan perusahaan yang menghasilkan barangan /perkhidmatan sukan berdasarkan pengkhususan kerja dan melibatkan kepakaran individu yang semakin berkembang untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan sukan yang berkesan.

Mullin (1980)


Menawarkan permainan “ packaged”/acara kepada penonton/pengguna yang lain

*      Kesemua sektor industri konvensional ada kaitan rapat dengan industri sukan.
*      Perbezaan:


Industri Sukan

Industri Konvensional

Jangka hayat produk pendek dan (on site).

Digunakan pada bila-bila masa.

Kegunaan produk terhad

Had gunaan yang tidak begitu terbantas.

Kualiti dan konsistensi produk sukar dikawal.

Kualiti dan konsisten produk lebih mudah dikawal.

Bergantung kepada elemen kemanusiaan.

Tidak begitu bergantung kepada sentimen.

Bermotifkan keuntungan dan komersial.

Matlamat sukan dijalankan adalah bersifat bukan keuntungan.

Faktor dan elemen luaran penting.

Faktor dan elemen luaran tidak begitu mempegaruhi.

Nilai dan Segmentasi Industri Sukan Tempatan

*      Industri sukan-sektor yang mempunyai banyak segmentasi:
§  Liga Perdana 
§  MASUM
§  MSSM
*      Aspek penerapan nilai komersial dalam sukan tempatan, dapat dikesan ketika konsep “ Persyarikatan Malaysia” menerusi program rakan sukan. ( Sabirin, 1999 )
*      Konsep Rakan Sukan – menggabungkan persefahaman & kerjasama inti antara pihak kerajaan, swasta, persatuan dan peminat sukan ke arah kecemerlangan sukan.
*      Kerajaan menitikberatkan pembangunan sukan.
*      Meek (1997) – industry sukan dipecahkan 3 sektor utama:
1)    Hiburan sukan dan rekreasi
2)    Produk, rekaan dan perkhidmatan sukan
3)    Organisasi sukan sokongan
*      Sektor sukan sebagai hiduran- sektor yang paling tampak.
*      Sektor pelancongan sukan-berpotensi menjana pendapatan.
*      Permintaan terhadap media sukan juga semakin ketara.
*      Perkembangan konsep taman tema.
*      Wujud sektor pembuatan dan pengagihan produk sukan.
*      Sektor ketiga – organisasi sukan sokongan ( Sukan Amatur, Sukan Profesional, Persatuan dan Kelab Rekreasi)
Persediaan Akademik Sukan di Malaysia
*      4 fungsi pergurusan (POLE):
1)    Planning
2)    Organizing
3)    Leading
4)    Evaluating
*      IPTA & IPTS menawarkan program akademik berasaskan pengajian sains sukan ( 1995)
Sejarah Perkembangan Disiplin Pengurusan Sukan
*      Perkembangan bidang pengurusan sukan tempatan banyak dipengaruhi oleh Negara maju.
*      Kecuali Sepaktakraw ( Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang)
*      1957 – kurikulum Pengurusan Sukan (Amerika Syarikat)
*      1966 – program pengurusan sukan di peringkat sarjana ( Universiti Ohio )
*      1990- 200> pelajar siswazah dan pasca-siswazah dalam bidang pengurusan sukan ( Amerika Syarikat dan Kanada).
*      1995 – Universiti Malaya menawarkan ijazah Sarjana Muda Sains Sukan ( Pengurusan Sukan, Psikologi Sukan dan Kejurulatihan, Fisiologi Sukan dan Terapi Atlet )
*      Program ini seterusnya telah diasaskan dan disusun oleh Encik Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud.
*      Beliau anak Malaysia pertama yang mempunyai kelayakan akademik Pengurusan Sukan dalam Peringkat ijazah dasar dan sarjana.
*      Persediaan akademik sukan dilaksanakan sebagai sebahagian program Pendidikan Jasmani.
*      IPTA & IPTS lain juga menawarkan jurusan ini.

Pemahaman Tugas, Kemahiran Asas, serta Peranan Persediaan Akademik dan Peluang Kerjaya dalam Pengurusan Sukan
*      Menguru sesuatu acara/ organisasi sukan – tugas utama seorang pengurus sukan.
*      4 kelompok tugas & tanggungjawab pengurus sukan:
1)    Tugas pengurusan umum
2)    Tugas pengurusan organisasi
3)    Tugas pengurusan informasi
4)    Latihan dan sains sukan
*      Langkah pertama sebagai seorang bakal pengurus sukan – memilih suatu program akademik yang dapat memenuhi segala keperluan asas.
*      Bakal pengurus sukan – digalakkan mendapat maklumat lebih lanjut tentang program sebelum membuat sebarang keputusan.
*      3 komponen utama ( PSM Sains Pengurusan Sukan):
1)    Kursus Pengkhususan
2)    Kursus Pengajian/Pendidikan Umum
3)    Latihan Amali dan Industri
*      Menurut NASPE dan NASSM, PSM Pengurusan Sukan harus memenuhi 10 bidang/demensi:
1)    Tingkah laku
2)    Etika
3)    Pemasaran
4)    Komunikasi
5)    Skil penyeliaan
6)    Pengurusan
7)    Ekonomi
8)    Perundangan
9)    Pentadbiran
10) Latihan amali

*      Pengurusan sukan sedang mengalami 3 Fasa proses profesionalisasi:
1)    Meliputi pengukuhan asas teori pengetahuan.
2)    Merangkumi sub-budaya yang tersendiri.
3)    Merangkumi penerimaan dan pengiktirafan oleh masyarakat.
*      Pengurusan sukan tempatan – Fasa 1.
*      3 cabaran pengurus sukan ( Parks dan Quarterman, 2003 )
1)    Teknologi
·         Berperanan mempermudahkan kerja dan menjimatkan masa serta wang ringgit
·         Mengunakan sepenuhnya kemajuan teknologi untuk mencapai kemajuan dalam sukan.

2)    Etika
·         Mengunakan teknologi dengan beretika dan tidak menyalahi perundangan.
·         Memahami bahawa nilai-nilai moral dan etika harus siambil kira.

3)    Tanggungjawab sosial
·         Pengurus akan menjadi lebih peka terhadap sekelilingnya dan menjalankan tugas yang akan memperlihatkan kepekaannya.
·         Pengurus sukan juga harus sensitif dan keseimbangan ekologi dan tuntutan masyarakat umum ke atas mereka.
Rumusan
*      Pengurusan sukan tempatan harus peka terhadap perubahan aliran pengurusan industri sukan semasa.
*      Pengurusan sukan professional memerlikan kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk kelayakanikhtisas, di samping pengalaman sukan secara khusus.
*      Pengurus sukan mestilah berkemahiran ( akademik ) dalam memuaskan kehendak industri sukan Negara mengatasi kepentingan peribadi.